Tuesday, May 5, 2009

padat, pejal, penuh, tumpat

1. padat : banyak sekali - penduduk/kandungan ; susunan yang rapat sekali
ayat : Taburan penduduk di bandar adalah sangat padat.

2. pejal : tidar cair atau bergas / keras dan padat / tidak berongga
ayat : Otot-otot ahli bina badan itu pejal sungguh.

3. penuh : tidak sedikit atau kosong; tidak kurang
ayat : Ketika bercakap, mulutnya penuh dengan nasi.

4. tumpat : ruang, rongga dan lain-lain penuh berisi
ayat : Angin yang dipam ke dalam tayar basikalnya sungguh tumpat.

Sunday, April 26, 2009

usir, buru, kejar, halau

1. usir : menyuruh pergi dengan paksaan
ayat : "Sampai hati engkau usir emak begini, Tenggang," kata emak Si Tenggang.

2. buru : mengejar untuk menangkap / membunuh binatang liar
ayat : Harimau yang kami buru itu sedang menuju ke arah utara hutan itu.

3. kejar : berlari dengan cepat untuk mendapat seseorang
ayat : Budak itu saya kejar kerana ingin memesankan sesuatu apabila dia ke pekan nanti.

4. halau : mengiring ke sesuatu tempat
ayat : Emak menyuruh saya halau ayam-ayam itu ke dalam reban kerana hari telah senja.

mendung, muram, redup, suram

1. mendung : awan yang mengandungi hujan
ayat : Di kaki langit sana, sarat dengan awan mendung. Sekejap lagi, akan mencurahlah hujan.

2. muram : air muka yang tidak gembira
ayat: Wajah Ali muram sahaja hari ini. Mungkin dia ditimpa masalah.

3. redup : agak gelap kerana dilindungi awan atau pokok, tidak panas
ayat : Kami berbual-bual di bawah pokok yang redup itu.

4. suram : cahaya yang tidak berapa terang / malam
ayat : Malam ini agak suram kerana separuh bulan berselindung di balik awan.

Thursday, April 23, 2009

gembur, rangup, rapuh, retas

1. gembur : tidak keras / tidak padat (tanah)
ayat : Tanah yang gembur ini sesuai untuk semua jenis tanaman.

2. rangup : mudah pecah / rapuh
ayat: "Apakahyang kaumasukkan ke dalam adunanmu shingga begini rangup rasanya," tanya Siti Nurbaya.

3. rapuh : mudah pecah
ayat: Lelabu ini akan rapuh apabila dibakar terlalu lama.

4. retas : terbuka jahitan kerana benang terputus
ayat: Baru sekali baju itu dipakainya tetapi sudah banyak benang jahitan yang retas.

Wednesday, April 22, 2009

berkas, bebat, tambat, bungkus

1. berkas : kayu api, lidi, surat dan lain-lain yang diikat setelah disusun
ayat : Kayu-kayu api yang saya berkas itu akan dibuat unggun api.

2. bebat : membalut sesuatu dengan kain
ayat : Lukanya saya bebat dengan kain.

3. tambat : mengikat benda pada sesuatu objek
ayat : Kambing itu saya tambat pada sebatang pokok.

4. bungkus : membalut benda dengan sesuatu pembalut
ayat : Hadian yang saya bungkus ini adalah untuk Mariam.

Monday, April 20, 2009

beku, kaku, kejur, tegang

1. beku : cecari menjadi keras kerana sejuk
ayat : Air yang dimasukkan ke dalam peti sejuk itu telah beku.

2. kaku : tidak dapat dilentur / kejang
ayat : Kaku seluruh badan Amin kerana terdedah kepada suhu yang sejuk di puncak Everest.

3. kejur : mayat / tubuh yang keras dan kaku atau rambut yang tegak dan keras
ayat : Rambut Dennis kejur setelah disapu sejenis krim rambut.

4. tegang : urat / otot yang keras dan liat
ayat : Otot-otot pada badan Raju menjadi tegang setiap kali dia menjalani latihan olahraga.

baling, buang, campak, lempar

1. baling : melempar sesuatu dengan menghayunj melepasi kepala

ayat : Anjing itu saya baling dengan seketul tulang.

2. buang : membuang sesuatu daru tempatnya ke tempat lain

ayat : Sampah yang berlonggok itu saya buang ke dalam tong sampah.

3. campak : membuang sesuatu dengan sesuka hati sahaja

ayat : Pembalut gula-gula itu saya campak melalui tingkap bas.

4. lempar : membuang sesuatu jauh-jauh / membuang / menghalakan pandangan

ayat : Apabila terpandangnya, segera saya lempar pandangan ke arah lain.